Thursday, February 25, 2010

Akhirnya Saya Tunang Orang

Hoho ramai yang tak puas hati bila saya bertunang secara senyap-senyap.. Actually takde la senyap sangat, ade je orang yang tahu..Malas nak heboh-heboh sebab tunang jer, insyaallah kahwin nanti tak lupakan semua..
Actually ade banyak gambar tapi load dalam facebook jer..dekat facebook boleh view macam-macam jenis gamba dan process mengupload nye agak cepat..hehe malas nak update blog..tapi atas permintaan kawan-kawan yang view blog ni, saya updatekan jugak la..

Majlis bermula seawal 11.40 pagi..itupun sebab abang saya dah tanye 2-3kali bila pihak lelaki nak sampai..sebenarnye rombongan sampai dah lama, 10.30 pagi cuma mereka melepak di warong yang berhampiran..sebab terawal sangat..haha.. macam tak sabar-sabar nak sampai la pulak.. Muka tengah di make up oleh cik andam,tiba2 kata dah nak sampai..berderau darah dibuatnye..Dah la sensorang kat kedai andam ni.. Abis je make up pecut dengan lajunye sampai rumah..alhamdulillah, sampai dengan selamat..

So macam-macam kata pembukaan la termasuk sesi berbalas pantun semua..Akhirnya mama sarungkan cincin kat jari manis saya.. Selepas itu rombongan pihak lelaki menjamu selera bersama tetamu yang datang ke rumah saya.. Selesai semuanya, mereka berangkat pulang ke Kuala Lumpur.. So enjoy gamba-gamba yang diambil masa majlis pertunangan saya


Gamba ramai-ramai di tangga rumah


Semua gembira...


Saya dan tunang saya


Khemah yang dapat last-last minute


Saya suka kek ini, walaupun dengar orang cakap macam pelik kasi kek ladybird..simbolik kumbang untuk lelaki..

Cincin yang penuh kontroversi
Saya tebalkan muka walaupun malu semua orang tengok..
Mama, saya dan mak saya..

Cincin disarungkan dijari


I'm no longer available.. :)

Doakan semoga hubungan kami bahagia hendaknya dan segala urusan kami untuk melangsungkan perkahwinan berjalan lancar..Amin ya rabbal alamin..

1 comments:

SUHAIDA SUPALIO said...

salam berkenalan
suhaidasupalio.blogspot.com

© Me,myself and I... - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart