Monday, December 7, 2009

pilu..

Lama rasanya tak menulis dalam blog yang banyak menjadi tempat luahan rasa aku.. Mungkin dah tersurat dalam luh mahfuz yang semalam aku kemalangan. Walaupun kecil,cukup berbekas dalam hati aku..Aku kagum dengan ketabahan pakcik yang boleh aku ketegorikan sebagai haji, tenang walaupun die terjatuh dan sedikit luka akibat kemalangan tersebut..

Katanya dia bersalah, kerana khayal.. Akupun rasa bersalah,kerana belum pernah lagi langgar orang..ini kali pertama..ntah kenapa aku rasa sedih apabila pakcik tersebut mengatakan apalah dosa dia agaknya..sungguh dalam maknanya,sehingga aku rasa terpukul..Aku patut muhasabah diri..Berkali2 aku memohon maaf kerana aku memang sedaya upaya untuk mengelak, malangnya kedaan tersebut memang tidak dapat dielakkan. Pakcik tersebut berkata "adik, tak mengapa, adik tak bersalah, adik boleh pergi"...

Kesal dalam hati aku.. ntah mengapa.. teringat satu ketika dimana aku pernah dilanggar oleh sebuah kereta myvi..sungguh tiada kekesalan pada anak muda tersebut..akibat sibuk berdating, akupun dilanggarnya..oleh kerana tuhan masih lagi panjangkan umurku, aku masih lagi mampu menghirup nafas segar hingga ke hari ini..Aku tercampak di tengah jalan, tetapi diselamatkan oleh saksi kejadian yang segara mengangkat aku ke tepi jalan, untuk mengelakkan aku dilanggar oleh kenderaan yang lain..nauzubillah..

Macam-macam dugaan melanda aku..kaki aku masih menggigil ketika sebelum solat maghrib..mencari kekuatan dan petunjuk dari Allah semoga dipermudahkan segala urusan hidupku.. Amin ya rabbal alamin..

2 comments:

cikin said...

moga dipermudahkan segala urusan kita.. aminnnnn...:):)

Arya E-ra said...

amin.. :) shikin, nak tengok pic kahwin you..huhu xtengok lagi..yang dalam album ade tak..

© Me,myself and I... - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart