Thursday, August 22, 2013

Jumpa Doctor

First of all, nak wish semua readers Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434h. Haish bestnya raya... ehehehe...
Raya walaupun sebulan, rasa laju jer. Hmm

Ini pasal punya citerlah... Last AF dulu awal bulan 6, so konon-konon masa gi Bangkok tu sangat bestlah berhoneymoon... Dah la lepas tu AF tak datang-datang... Hmm suspen kan...
Saya macam biasa, nak check memang malas... hmm itulah...
Puasa dengan jayanya 30 hari.. Bestla jugak tak payah ganti puasa.. Pon AF tak muncul2..

After dah lebih 2bulan dari last date P tu decide pegi jumpa Dr kat opis. Dr biasalah, nak suh check urine, pon negative gak.. Bila nak mintak nak ultrasound, Dr suh pegi Pantai Hospital sebab dia cakap better jumpa gynea. Dia nak kasi surat.. Alhamdulillah. Duk pk jugak, aishh ni kalau kena bayar sendiri memang kopak la, dah la lepas2 raya nie...

Disebabkan gynea melayu ramai takde sebab cuti. So buat appointment dengan Dr India. Nama dia Dr Eeson.. Haih dup dap dup dap lama tak jumpa gynea. Memang doa sangat2 jangan la ada penyakit pelik2..

Masuk bilik dr. biasalah, dr akan tanya history semua. Penah jumpa ngan Dr Hamid, semua ada cite dekat dia. lepas cerita2, dia kata "ok kita buat TVS". "Confirm tak pregnant ya?". Saya pun jawab tak Dr, sebab dah check tadi kat klinik.

TVS pun bermula, rasa mengigil jugak sebab dah lama tak TVS ni... First masuk nampak uterus. Dr pon cakap, "uterus u ok" "size normal". Rahim u retroverted. It's ok, kita biasa ada patient RU tapi boleh pregnant normal. Let look at your ovary. "Left side, ok, ada eggs, size biasa. Ada 1-2 spot, tapi kecil sangat, spot hitam ni kalau besar dipanggil PCOS, u ni sangat2 mild atau boleh kira takde". Selalu kalau orang PCOS, penuh spot hitam nie.  Alhamdulillah, lega...

Ok tengok right side, ok your right ovary ni, "I can see that it's active." "See... " (Dr tunjuk follicle besar)... weee gembiranya... First time tengok telur besar gemuk tu... You punya lining ni tebal, I suspect sebab darah you ni tak keluar... "you sihat" "overall very good."

Leganya.. risau kalau ada penyakit lain... Dr puji, very good, dia pun tanya sy ada ambil multivitamin tak? Duk jawab, tak ambil, tapi saya ambil vit B,vit C, vit E, folic acid, EPO n fish oil n probiotics. "ok, very good" "continue ok!"

I akan kasi u duphaston 10mg, ambil 3times a day. Makan pada waktu yang sama ok. Lepas you period, CD 2, you datang sini, ambil darah, makan clomid 50mg, 2biji sehari for 5 days. CD 10, you datang sini, kita TVS, see what happened and I nak you bawak HSG report dulu ok!

"baek dr." "Terima kasih."

So bermulalah, hari ubat-ubatan ni... Hmm ni dah hari ke 6 lepas habis makan duphaston, cramp pun dah rasa2 nie.. Harap2 keluarla semua darah dan harap2 cantik la lining lepas nie...Doakan semuanya baik-baik aje yer, kawan-kawan!!

Follicle yang besar tu, stay ok!.. Harap2 dia yang lain pon semua nya sihat2 hendaknya... Amin...



2 comments:

Shiqa Nawar said...

salam dear.. hows u pnya TTC?

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

© Me,myself and I... - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart