Saturday, June 19, 2010

Lelaki v/s Perempuan

Kala ade orang yang mempertikaikan ape yang aku tulis ni terpulanglah..
Lelaki dan perempuan, dua insan yang berbeza..akal, nafsu, fizikal dan macam-macam lagi..kalau serupa, tak adalah jadi jantina yang berlainan..

Sebenarnya aku masih dalam proses memahami insan yang bernama lelaki.. Aku merasakan yang agak sukar untuk memahami kaum adam ini pada mulanya, tetapi disebabkan aku banyak bergaul dengan kaum adam ini semenjak di zaman persekolah lagi, sedikit sebanyak aku mengerti.

Selalunya minat kaum ini adalah sama, mungkin bola, mungkin juga internet ataupun tv game tetapi yang pastinya cukup sukar untuk melihat kaum adam yang gemar bershopping ataupun window shopping. Sedangkan bagi kaum hawa pula, agenda utama apabila keluar rumah selalunya adalah bershopping ataupun window shopping. Kalau pergi bershopping dengan perempuan, sama ada kawan ataupun adik beradik sendiri aku terasa puas..Boleh keluar 5-6 jam untuk lepak di shopping complex, pergi pasar malam, masuk kedai kain dan macam-macam lagi. Tetapi kebanyakan lelaki tidak suka..

Sukar nak fahamkan lelaki apa yang perempuan suka. Hmm ade orang kata, boleh train lelaki suapaya mengerti apa kemahuan perempuan. Bagiku amatlah sukar. Paling tidakpun aku akan explain padanya supaya kalaupun dia tidak menyukai apa yang aku suka, biarlah aku pergi lalukannya sendiri. Untuk kepuasan diri aku sendiri. Aku juga tidak menyekat apa yang dia mahu. Buatlah asalkan tidak menyalahi hukum agama dan lupa pada tanggungjawab yang asas, cukuplah..

Oh ADAM, ada bisakah kau mengerti apa yang tersirat dihatiku ini....

0 comments:

© Me,myself and I... - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart