Friday, July 17, 2009

Nur Kasih



Last night aku terlepas cite nie.. Tengok Harry Porter kat Cineleisure Damansara. Vendor belanja. So aku tengok arini je la kat website tv3. Nasib baik ade kat website.Cite nie memang aku tunggu-tunggu sebab seminggu sekali je..Tajuk die Nur Kasih..Satu cite yang lain dari drama-drama yang biasa kita tengok dekat tv. Cerita ni ade unsur-unsur keislaman dan juga nasihat. Die jugak menunjukkan keadaaan sebenar tentang segelintir umat Islam yang dah terpesong dari landasan yang sebenar.
Ade beberapa watak utama dalam cite ni. Pertamanya Nur Aminah yang lebih dikenali sebagai Nur sahaja dilakonkan oleh pelakon baru Tizz Zaqiyah. Actually first time nampak die berlakon. Nur ni adalah teraju utama cite Nur Kasih nie. Selain Nur, watak Adam, seorang yang sosial, dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama Islam yang baik, tapi iman itu sememangnya tidak diwarisi.. Adam dah lupakan jalan hidupnya sebagai Muslim walaupun dididik untuk menjadi seorang Muslim yang baik.
Kenakalan dan kejahatannya memang teserlah semenjak kecil lagi. Dalam episod yang kelapan ni, Adam masih lagi seorang suami kepada Nur.
Aidil, juga watak penting dalam cite ni. Aidil ialah abang kepada Adam. Dibesarkan dengan didikan yang sempurna,alhamdillah Aidil menjadi Muslim yang baik. Graduan undang-undang Syariah dari Universiti Al Azhar. Selepas tamat belajar, bekerja sebagai penasihat undang-undang Syariah di pejabat agama. Aidil juga mempunyai perasaan kepada Nur, tetapi die sanggup korbankan perasaannya kerana Nur telah dijodohkan oleh ayah Adam dan Aidil kepada Adam kerana diharapkan dengan perkahwinan tersebut akan mengubah cara hidup Adam yang terpesong dari landasan umat Islam, ke jalan yang benar.
Sarah, adik kepada Nur yang menaruh hati kepada Aidil, tetapi tidak mendapat sambutan. Sarah sememangnya kebudak-budakan. Masih mentah lagi. Buat air kopipun belum pandai, tapi menaruh hati dengan Aidil yang boleh dikatakan juga sebagai ustaz.
Walaupun Nur dan Adam kahwin atas pilihan keluarga, mereka mengikut atas dasar tidaj mahu malukan keluarga masing-masing. Adam dan Nur amat berbeza bagai langit dan bumi. Adam hidup seperti orang bukan Muslim. Tinggal bersama girlfriend walaupun tanpa ikatan apa-apa. Adampun secara terang-terangan mengatakan Nur bukanlah pilihan hati die, malah bukan "taste" die..Adam terpasksa berkahwin demi menunaikan hasrat ayahnya yang sakit teruk dan hanya menunggu panggilan malaikat izrail.
Setelah kematian ayahnya, Adam mengambil keputusan untuk kembali ke Australia dan bertemu semula dengan kekasih hati tanpa menceraikan Nur.
Nur malu untuk berhadapan dengan keluarganya. Dia mengambil keputusan untuk sambung pelajarannya di universiti. Cabarannya sebagai isteri orang yang tidak diketahui oleh orang lain. Nur terpaksa menepis segala godaan peminat-peminat Nur. Setelah pulang ke Australia, Adam mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Kat, kekasihnya dan mereka berkahwin mengikut landasan agama Islam. Adam menyambung pelajarannya, tetapi tidak bagi Kat kerana keluarga Kat telah memberhentikan pembayaran kuliahnya kerana perkahwinannya dengan Adam. Tanpa Nur sedari dia telah mempunyai "madu" di Australia.
Aidil merahsiakan masalah rumah tangga Nur daripada keluarga Nur dan keluarga Aidil sendiri. Hanya Nur,Aidil dan kawan baik Nur sahaja yang tahu masalah yang dihadapi Nur. Dalam diam-Aidil semakin menaruh hati kepada Nur, tetapi perasaan tersebut dipendamkan sahaja dalam hati..
Itu sahaja sedikit sinopsis tentang cerita Nur Kasih setakat episod 8 ni. Tapi cite die memang menyedihkan. Menyayat hatipun ade..Especially banyak hati yang terkorban dalam cite nie..huhuhu.. so sila sediakan tisu sebelum tengok..Lagu cite diepun sedih..
Nur Kasih-Yassin

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

0 comments:

© Me,myself and I... - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart