Hmm ntah kenapa rasa dup dap dup dap pulak tunggu end cycle kali nie... Maklumlah selepas ber bbt untuk 25 hari, nampakla graf cantik tapi... Tak tahulah berhasil ker tak.. Doa dan zikir memang tak putus-putus, cuma tak nak mengharap sangat sebab tak nak terlalu kecewa nanti...
Nak buat HPT pun rasa awal sangat. Malah tak bersedia lagi... Sebab baru CD25, tunggulah CD 30 ker, maybe boleh test HPT... Cuma saya percaya ketentuan Allah... Percaya pada Kun Fayakun seperti dalam surah Yaasin, maka apabila Allah kata jadi, maka jadilah ia...
Kalau bulan ni datang Miss P pun saya bersedia... Malah bersyukur, saya dikurniakan P yang boleh dikatakan regular, berbanding orang yang takde P.
Ni graf saya setakat CD25 nie...
Sekarang ni saya ada ramai kawan dekat TTC Group facebook. Seronok juga sebab bukan saya seorang ada masalah dalam TTC, ramai orang lain pun mengalami masalah yang sama. Ada kawan untuk berkongsi tips, knowledge, teknik, kesedihan, happy dan macam-macam lagi..Pengalaman TTCians yang lain pun membantu saya juga... Menjadikan saya lebih tabah..